Bagilah hamster nie makan...

Ikan nie lapar..Bagilah makan jugak

Jumaat, 10 Julai 2009

Kajian Dan Penyelidikan Untuk Memajukan Nilai Tumbuhan Negara

. Jumaat, 10 Julai 2009

Malaysia kaya dengan flora dan fauna yang mengandungi pelbagai khazanah perubatan yang tersembunyi.Dengan kepelbagaian biodiversitinya flora negara kita menunggu untuk dikaji dan diselidik untuk dikembangkan sebagai salah satu komoditi negara di masa akan datang.Secara tidak langsung kepelbagaian biodiversiti (Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang mempunyai mega biodiversiti di dunia) perlu dipertahankan.kajian yang berterusan setakat ini dapat merumuskan bahawa tumbuhan negara kita mempunyai kandungan kimia yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Mungkin para pembaca sudah biasa dengan tongkat ali,mengkudu,kacipa fatimah dan sebagainya.Sebenarnya itu hanyalah sedikit daripada flora yang sudah dikomersial dan di kaji.Antara bahan kimia yang terdapat dalam tumbuhan ialahFlavoniodFlavonoid mengandungi nilai-nilai perubatan seperti antioxsidan,anti allergik,anti bengkak,anti mikrobial,anti kanser dan untuk penyakit kardiovaskular (jantung).Teh hijau dan mengkudu umpamanya mengandungi jumlah flavonoid yang tinggi.AlkaloidAlkaloid mengandungi asid amino.Digunakan untuk meredakan kesakitan (pain reliever) dan ubat tidur.Contoh alkoid seperti nikotin,kokain dan morfin.Kulit kayu dari pokok Cinchona mengdungi bahan kuinin yang digunakan untuk mengubati penyakit malaria.SaponinSaponin berbuih seperti sabun apabila larut di dalam air.Dipercayai boleh mengawal kolesterol di dalam badan dan mempunyai aktiviti anti kanser.Rambutan,kacang soya dan asparagus mempunyai bahan saponin.TerpenTerpen digunakan untuk produk bau-bauan seperti minyak pine,minyak turpentine dan minyak kampor.Senario tumbuh-tumbuhan ubatan tradisional di Malaysia buat masa sekarang banyak tertumpu kepada beberapa spesis yang telah popular digunakan oleh masyarakat tempatan seperti Tongkat Ali,Kacip Fatimah, Ubu jaga, Serai wangi, Sireh, Manjakani, Mengkudu, Misai Kucing dan banyak lagi.Semoga senario ini akan berterusan,kajian yang berterusan untuk bioteknologi negara,Semoga ia tutur menjana pendapatan penduduk luar bandar dan individu yang berminat menanamnya

0 comments:

Catat Ulasan

Map