Bulan mempunyai garis-pusat 3480 km, iaitu satu perempat saiz Bumi. Ia berputar mengelilingi Bumi dari jarak kejauhan 384 000 km atas paksi yang condong sedikit berbanding Dataran Ekliptik.
Sambil mengelilingi Bumi, Bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama, iaitu 360 darjat dalam masa lebih sedikit dari 27 hari. Ini menyebabkan permukaan Bulan yang sama menghadap Bumi.
Persamaan masa putaran Bulan atas paksinya (period of rotation) dan masa yang diambilnya mengelilingi Bumi (period of sideral revolution) adalah disebabkan oleh bentuk Bulan yang tidak begitu bulat dan juga agak memanjang. Tarikan graviti Bumi mempengaruhi putaran Bulan atas paksinya dan memaksa paksi Bulan menyusun selari mengikut arahan Bumi-Bulan.
Sila perhatikan bahawa sebenarnya, kita dapat mencerap lebih dari separuh permukaan Bulan. Putaran orbit Bulan mengelilingi Bumi adalah tidak begitu bulat dan paksinya pula tidak begitu menegak berbanding dataran orbit putarannya. Oleh yang demikian, Bulan berayun sedikit. Fenomena ini dipanggil libration. Ini menyebabkan, dari Bumi kita dapat mencerap sebanyak 59 peratus permukaan Bulan.
Disebabkan putarannya mengelilingi Bumi, Bulan sentiasa bertukar kedudukan berbanding arah Bumi-Matahari. Oleh yang demikian, bahagian cerahnya bertukar berbanding arah Bumi-Bulan. Ini menyebabkan dalam bulan Lunar, bentuk Bulan bertukar dalam siri fasa-fasanya. Sebagai contoh, bila Bulan betul-betul berada diantara Matahari dan Bumi, bulan tersebut tidak akan kelihatan, fasa ini dipanggil bulan baru. Sebaliknya pula, bila Bulan berada diarah bertentangan, iaitu Bumi berada diantara Matahari dan Bulan, fasa bulan purnama akan terjadi.
0 comments:
Catat Ulasan