Bagilah hamster nie makan...

Ikan nie lapar..Bagilah makan jugak

Memaparkan catatan dengan label Remaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Remaja. Papar semua catatan

Ahad, 21 Jun 2009

PENENTUAN KEJAYAAN BELAJAR SECARA INDIVIDU

. Ahad, 21 Jun 2009
0 comments

Terdapat banyak strategi belajar untuk membuahkan hasil yang baik. Strategi belajar antara seseorang pelajar dengan yang lain pada asasnya sama tetapi kejayaan setiap strategi yang digunakan tidak semestinya sama. Secara umumnya terdapat dua strategi yang sering digunakan pelajar semasa proses belajar dijalankan iaitu belajar secara berkumpulan iaitu koperatif atau kolaboratif dan belajar secara individu. Dalam hal ini, terdapat di kalangan pelajar yang menggunakan kedua-dua strategi ini dalam suatu masa. Sungguhpun demikian, pada kebiasaannya ruang untuk belajar secara berkumpulan ini sukar diperoleh kerana masalah yang tidak dapat dielakkan umpamanya kedudukan rumah yang berjauhan, sukar mencari rakan yang ingin menyertai kumpulan dan masalah-masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Bagi pelajar asrama masalah ini tidak begitu ketara kerana kesempatan tersebut boleh diperolehi dengan mudah.

Lanjutan masalah di atas, pembelajaran secara individu merupakan pilihan utama di kalangan pelajar yang tidak berpeluang melaksana pembelajaran secara koperatif. Strategi ini merupakan peluang bagi pelajar melaksana tanggungjawab secara bersendirian dan mengawal kelancaran pembelajaran masing-masing. Kualiti atau hasilan belajar secara individu amat bergantung rapat kepada bahan atau sumber yang digunakan.

Andaian-andaian yang mempengaruhi pembelajaran secara bersendirian ini:

  • Jumlah masa dan amalan yang digunakan oleh pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran berbeza di antara satu sama lain. Hal ini bergantung kepada kebolehan dan kemahiran asas yang ada pada diri seseorang pelajar. Oleh itu, jika masa yang digunakan untuk menjalankan aktiviti belajar untuk sesuatu mata pelajaran terlalu lama, anda tidak perlu bimbang kerana ada kemungkinan penguasaan asas tentang subjek tersebut masih kurang.Yang penting anda jangan cepat putus asa. Jika anda berfikiran positif, anda akan katakan bahawa bukan semua mata pelajaran anda lemah tetapi hanya beberapa mata pelajaran sahaja yang lemah.

  • Merancang dengan baik bahan yang ingin dipelajari. Sebagai pelajar anda perlu mengikuti unit-unit yang dipelajari dan bijak menentukan masa. Pada peringkat ini, seseorang pelajar perlu menyusun bahan-bahan yang hendak dipelajari dengan baik yakni disusun dengan kemas dan teratur mengikut urutan umpamanya dari mudah ke peringkat susah atau dari konsep asas kepada konsep yang kompleks. Hal ini penting terutama untuk menyiapkan nota-nota ringkas atau proses membuat latihan tertentu.

  • Sumber atau bahan yang tidak mencukupi akan mengurangkan kefahaman atau penguasaan sesuatu konsep atau topik yang dipelajari. Sekiranya bahan-bahan rujukan tidak mencukupi, maka aktiviti yang dijalankan kurang berkesan dan efektif. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah buku teks sebagai rujukan utama, nota ynag disediakan guru, buku rujukan tambahan dan soalan-soalan yangboleh meningkatkan daya kefahaman masing-masing. Bahan atau sumber yang mnecukupi membolehkan seseorang pelajar membuat nota ringkas yang sistematik dan membuat latihan-latihan yang bersesuaian tentang sesuatu tajuk yang dipelajari. Pilih soalan yang seakan-akan sama dengan soalan peperiksaan sebenar. Sebagai panduannya, soalan-soalan latihan tersebut seakan-akan sama dengan soalan tahun-tahun lepas dari perspektif bentuk soalan, kata kunci soalan, gambarajah dan sebagainya. Soalan-soalan masa kini lebih menjurus kepada kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan generik.

  • Pembelajaran secara individu ini memerlukan seseorang pelajar menilai diri sendiri dengan cara menilai peningkatan dan pencapaian masing-masing. Menilai diri ini perlu dilakukan dalam berbagai cara sama ada dengan menjawab soalan peperiksaan atau menerangkan kepada rakan jika ada peluang. Walaupun seseorang pelajar boleh menjawab soalan dengan baik tetapi kadang-kadang jawaapannya terpesong daripada skema soalan khususnya dalam situasi peperiksaan. Masalah ini ada kaitan dengan penentuan isi sesuatu esei yang ditulis. Fenomena ini berlaku kerana pelajar tidak menguasai laras soalan, umpamanya perbezaan antara terangkan, jelaskan, bandingkan, huraikan, catatkan, nota ringkas dan sebagainya. Dalam konteks mata pelajaran yang lebih teknikal seperti mata pelajaran Sains, Prinsip Akaun, Geografi dan sebagainya penggunaan istilah dan konsep yang betul di samping laras bahasa mata pelajaran tersebut perlu dikuasai supaya makna ynag diberikan tepat dan memperoleh markah. Kesilapannya ini boleh menyebabkan anda tidak memperoleh sebarang markah walaupun dari segi penggunaan bahasa yang biasanya dianggap betul. Hal ini boleh diselesaikan dengan cara membuat jadual untuk dibuat ulangkaji dengan menyusun unit-unit atau topik-topik selama satu semester. Jika tidak masih banyak tajuk yang belum dibaca walaupun banyak masa yang telah diperuntukkan untuk mata pelajaran tersebut.

  • Seseorang pelajar tidak boleh memulakan unit yang baru selagi tidak menguasai unit yang awal. Meneruskan pembelajaran tanpa menguasai unit sebelumnya boleh menyebabkan anda tidak dapat menjawab soalan peperiksaan. Hal ini disebabkan setiap unit yang dibaca ada kaitan dengan unit yang lain. Perkara ini lebih ketara dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Ekonomi, Prinsip Akaun dan sebagainya. Anda perlu sabar dan tekun untuk menguasai setiap unit dan sekiranya terdapat masalah dalam unityang dibaca anda perlu merujuk dengan cepat kepada unit sebelumnya.

  • Setiap pelajar akan lebih bertanggungjawab dalam merancang dan melaksana program pembelajarannya sendiri dan tidak terbatas di dalam kelas sahaja. Anda perlu memprogramkan diri anda di rumah dengan aktiviti membuat ulangkaji yang sistematik dan teratur. Pada umumnya, sebelum mempelajari sesuatu mata pelajaran anda perlu membaca sekurang-kurangnya sekali di rumah dan membuat ulangkaji dengan kadar secepat mungkin selepas membincangkannya dalam kelas, khususnya selepas penerangan guru supaya maklumat tersebut dapat difahami dan dikuasai dengan baik. Selain itu, anda perlumenyediakan jadual waktu harian dan mingguan iaitu Sabtu dan Ahad supaya hari kelepasan tersebut bermakna dari aspek pembelajaran. Cara-cara membuat nota, cara-cara mengingat, teknik menjawab soalan, skema sesuatu mata pelajaran perlu dipelajari sama ada daripada guru atau buku rujukan yang berkualiti.

Rancanglah pembelajaran mengikut kebolehan masing-masing dalam sesuatu mata pelajaran yang ingin dikuasai dan menentukan keutamaan sesuatu mata pelajaran sebagai sasaran utama sebagai tujuan kerjaya pada masa akan datang.

Read More »»

IMEJ & REPUTASI BIAR SEIMBANG

.
0 comments

Gaji yang lumayan, pejabat yang mewah serta peluang kenaikan pangkat yang cepat, sudah cukup membuatkan kamu tertarik untuk merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan. Biarpun begitu, kamu perlu kaji, apakah kemampuanmu itu sesuai ataupun berpatutan dengan apa yang kamu tuntut?

Jika kamu seorang gadis yang sedang memburu pekerjaan, sudah pastinya kamu ingin memiliki pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kemampuanmu. Jangan biarkan minatmu yang menggunung tinggi itu berada di bawah tahap kemampuanmu sendiri. Jangan cepat terpengaruh pada iklan yang ditawarkan. Kadangkala, janji yang menawan itu tidak disertai dengan pensyaratan yang detil. Hinggakan, seringkali kita terlupa bahawa di sebalik janji-janji itu terkandung tuntutan kerja yang tinggi.

Sebelum kamu terjun ke satu bidang pekerjaan, apa yang harus kamu teliti ialah kehidupan dunia tersebut. Cuba sesuaikannya dengan keperibadianmu. Misalnya, jika kamu seorang pegawai perhubungan awam, kamu perlu fasih berbahasa asing, pandai bergaul, lincah dan bertanggunglawab. Jika kamu seorang yang bersikap tertutup dan pemalu, bagaimana mungkin kamu dapat memenuhi tuntutan pekerjaan tersebut.

Memahami bidang pekerjaan yang diminati, bukan sekadar kamu hanya mengetahuinya sahaja. Sebaliknya, profesion itu harus kamu kerjakannya dengan sempurna.

Pilih Kerjaya Yang Sesuai

Sebagai manusia biasa, sudah pasti kamu akan mengalami detik-detik yang kritis, gelisah serta menjemukan dalam mengharungi dunia pekerjaaan. Adakalanya, kamu akan menjadi malas untuk bangun pagi dan pergi ke pejabat. Apabila situasi itu berlaku, apa yang mula bermain-main difikiran kamu ialah untuk mencari pekerjaan lain. Apatah lagi, apabila kamu mendengar cerita dari teman-teman yang bergaji tinggi dan memiliki pelbagai kemudahan di tempat kerjanya. Ini akan membuatkan kamu semakin ghairah untuk mencari pekerjaan baru.

Keghairahan untuk mencari pekerjaan baru, tiba-tiba akan berhenti apabila timbulnya perasaan ragu dalam diri. Kamu akan tertanya-tanya sendiri, apakah kamu mampu untuk mendokong pekerjaan barumu itu? Bagaimana, jika tidak? Apakah masih ada peluang yang sama untuk kamu meraih kembali kepada pekerjaan lamamu? Kesemua pertanyaan ini akan bercampur aduk dan ianya bukanlah perkara mudah untuk dijawab. Apakah peralihan kerja itu merupakan sebuah gejala kerja yang normal?

Sebenarnya, memilih kerjaya yang serasi patut dirancang dengan mutlak. Ini bukanlah satu perkara yang mudah. Masih ramai di antara kita yang tidak faham dan benar-benar menyelami tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri, sehingga pilihan pekerjaan yang ingin diraih menjadi tidak tepat. Kita mula mengeluh apabila menyedari pilihan kerja yang seringkali datang itu bukanlah terbaik. Itulah sebabnya, kita sering menganggap karier yang kita pegang ini cuma sebagai batu loncatan, sementara menanti peluang yang lebih tinggi.

Dalam hidup, walau sesaatpun situasi persekitaran akan berubah setiap detik. Perubahan gaya hidup menjadi pendorong bagi seseorang untuk mengubah taraf pekerjaannya. Oleh itu, memilih kerjaya memerlukan perancangan yang matang. Kamu tidak perlu bersikap menunggu sehingga adanya tawaran yang lebih baik untuk berpindah kerja. Langkah pertama yarig perlu kamu ambil ialah dengan mencari keperibadian dirimu sendiri. Kenali kemampuan dan kelemahan dirimu dengan sebaik-baiknya. Jadikan kedua perkara itu sebagai batasan untuk kamu memilih pekerjaan. Cara ini akan membuatkan kamu belajar dan berlatih untuk memperbaiki segala kelemahan yang kamu miliki dan kemampuanmu juga akan menjadi semakin bertambah. Kamu boleh mengunakannya sebagai bekal tambahan apabila berhadapan dengan dunia pekerjaan barumu.

Situasi dan lingkungan kerja dewasa ini semakin mencabar. Hanya mereka yang berprestasi sahaja yang dapat memupuk reputasi. Itulah sebabnya, kamu harus bersiap sedia dengan perubahan dan persaingan di tempat kerja. Kamu perlu memantapkan pendirian seteguh yang mungkin. Kamu perlu menanam cita-cita terhadap kemajuan kariermu. Jangan takut pada persaingan kerana apabila kamu bersikap pasif, sudah pasti kamu akan tertinggal jauh di belakang.

Langkah kedua, kenali bidang karier yang sesuai dengan kemampuanmu. Arahkan kariermu ke tujuan itu dan apabila kamu belum mencapai karier yang kamu idam-idamkan itu, cuba rencanakan langkah-langkah yang dapat membantu kamu memperolehi pekerjaan tersebut. Cara yang paling mudah ialah melalui pergaulan.

Jika kamu berminat dalam hidang kewartawanan, mulailah bergaul dengan teman-teman yang bekerja di syarikat penerbitan. Melalui mereka kamu boleh belajar tentang situasi dan cara mereka bekerja. Sekaligus kamu akan dapat membuat jaringan kerja tersebut. Apabila muncul sahaja peluang, sudah pasti teman-temanmu akan memberi bantuan dan kesempatan untuk kamu bekerja di situ terbuka luas.

Apabila kamu melakukan sesuatu, sudah pasti ada risikonya. Hitungkan masak-masak risiko tersebut. Jika tidak terlalu menekan, jangan sesekali kamu memperbesar-besarkannya. Amat penting bagi kamu untuk menekan risiko itu sekecil yang mungkin. Jangan ambil risiko terhadap pekerjaan yang menjanjikan gaji yang mahal, sedangkan kamu sendiri tidak yakin dapat melakukannya dengan sempurna. Sekiranya kamu gagal mengendalikan pekerjaan itu dengan baik, sudah pasti kegagalan itu akan mewarisi riwayat pekerjaanmu walau ke mana jua kamu pergi. Jadi, berhati-hati dalam menjaga reputasi di tempat kerjamu.

Read More »»

RAHSIA POPULAR DI KALANGAN TEMAN-TEMAN

.
0 comments


Farhana selalu 'kelihatan' di mana-mana. Dia ramah, mudah diajak berbincang, jarang ada rasa ragu-ragu, cute dan tidak pedulikan apa kata orang lain. Farhana mempunyai keyakinan diri dan tingkah lakunya sering menarik perhatian teman-temannya. Fifie pula lain ceritanya. Bukan saja tidak ramah, dia selalu kelihatan muram dan tidak memperlihatkan sikap bersahabat.

Fifie jarang bergaul dengan teman-teman sekolahnya. Dia lebih suka menyendiri. Setelah tamat kelas, dia terus pulang ke rumah. Pergi ke tempat yang sama dan pulang ke tempat yang sama. Ada teman-temannya mengatakan Fifie 'membosankan' dan macam-macam lagi tanggapa negatif terhadapnya. Tambahan pula, Fifie tidak ada minat apa-apa di luar sekolah. Jumlah teman-temannya boleh dikira dengan jari tangan.

Sudah tentu kamu tidak mahu kehidupan seperti Fifie yang membosankan teman-temannya dan dirinya sendiri. Hari-hari sama sahaja boleh membuatkan kamu naik bosan dan hilang semangat. Sebalik, jika kamu menjalani hidup seperti Farhana, tentu kamu rasa riang gembira dikeliling oleh teman-teman yang tertarik pada sikapmu.

Kegiatan tambahan

Memupuk minat bererti memperluaskan pengetahuan. Tidak kira sama ada kamu seorang pelajar atau sudah bekeria, kamu masih tetap boleh bergiat di luar waktu sekolah kerja kamu. Terdapat pelbagai aktiviti yang kamu boleh ceburi seperti sukan, kelab belia, kursus-kursus dan sebagainya.

Mengikuti aktiviti tambahan yang positif adalah langkah bijak dalam mengisi masa lapang daripada kamu membuang masa melaku perkara-perkara negatif. Selain itu, kamu juga boleh berkenalan dengan mereka yang sama mengikuti aktiviti tersebut dan menambah pengetahuan kamu melalui perbincangan bersama.

Mudah diajak

Jadilah seseorang yang ramah, mudah didekati dan mudah diajak. Ada sesetengah orang yang mempunyai sifat semulajadi yang boleh menarik perhatian orang seperti sebuah magnet. Dia membuat orang lain berasa senang dan rileks bila bersamanya.

Yana, 16, masih ingat ketika pertama kali masuk kelas tingkatan empat di sekolah baru. Pada mulanya dia rasa kurang senang berada di sekolah baru itu tapi teman-teman kelas menerima kedatangannya dengan senyuman manis dan wajah-wajah ramah. Yana rasa gembira dengan sambutan yang diterimanya lalu bermesra-mesra dengan mereka yang sama kelas dengannya.

Maka, ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang berbicara. Sekali kamu berusaha mahu mengenal orang lain bermakna kamu sudah setengah jalan ke arah sebuah persahabatan. Orang yang ramah akan merasa rileks dan orang lain pun merasa rileks berada di sampingnya. Sikap sedemikian harus ditanam dalam jiwa sejak masih kecil dulu.

Buka telinga dan dengar

Untuk berkomunikasi dengan berkesan, kita perlu mendengar bicara orang lain dengan baik. Jangan kita saja asyik yang bertutur tapi pihak lain tidak ada peluang bersuara.

Kata Lia, 18 tabun dari Kuala Lumpur, tiada gunanya berkawan dengan orang yang asyik bercakap tapi enggan mendengar orang lain. "Apalah gunanya terus berkawan dengan orang yang hanya mementingkan diri sendiri? Dia asyik berkata tentang dirinya dan enggan mendengar bila kita mahu berkata sesuatu padanya. Itukan sikap hipokrit." katanya.

Untuk mengelakkan diri terperangkap dengan sikap sebegini, kamu harus menanam sikap bersopan santun dan beri peluang kepada orang lain bersuara. Walaupun menjadi pendengar kelihatan mudah tapi sikap ini sangat dihargai oleh pihak lain.

Lihat ke arah positif

Fokuskan perhatianmu pada kekuatan dirimu dan buatlah sasaran yang kamu boleh capai. Jangan sesekali meletak dirimu di tempat yang terlalu tinggi sehingga boleh menyusahkan dirimu. Jika kamu berfikir positif tentang dirimu, orang lain pun akan berfikir sama tentang kamu dan ini menjadi suatu permulaan yang baik untukmu.

Jadilah dirimu sendiri

Kamu tidak perlu meniru gaya atau berpura-pura menjadi orang lain. Kamu adalah tetap kamu dan peribadimu yang dilihat orang tidak harus diubah semata-mata mahu menarik perhatian orang lain.

Ika, 17, sering merasa dirinya kurang menarik lalu meniru gaya teman baik, Linda. Dia mahu serancak Linda agar dapat menarik perhatian orang. Tapi suatu hari dia dapat tahu orang lain mengatakan dia suka meniru gaya Linda. Dia rasa tersinggung dengan kata-kata orang dan cepat-cepat Ika menghentikan 'lakonannya'.

Itulah yang kamu akan hadapi jika suka meniru orang lain. Mungkin kamu akan rasa seronok di permulaannya tapi orang lain pula merasa aneh melihat gelagatmu. Maka, tonjolkan dirimu yang sebenar. Dengan demikian kamu akan memaparkan hal-hal positif yang ada padamu.

Hindari tekanan

Jangan mudah mengalah atas prinsip yang kamu yakini. Ramai remaja yang suka mengalah bila didesak oleh teman-temannya. Jika kamu tidak setuju pada sesuatu hal, suarakan pendapatmu. Mungkin mereka rasa tidak senang padamu tapi itu cuma paling lama pun seminggu. Bahkan, di luar dugaanmu, mereka akan hormati keputusanmu kelak. Jika kamu asyik menurut kata-kata teman padahal kamu tidak setuju, perasaan tertekan akan wujud dan ini memberi kesan yang kurang baik pada dirimu.

Perhatikan mata

Bila sedang berbicara dengan seseorang, fokuskan pandanganmu pada mata orang yang kamu ajak berbicara itu. Sikap sedemikian menunjukkan kamu menghargainya dan kamu suka berbicara dengannya. Jangan sesekali melihat ke bawah, ke atas, ke kiri atau ke kanan hanya kerana kamu seorang yang pemalu. Orang lain pun mungkin rasa malu bila berhadapan denganmu. Tapi, jika kamu mengalihkan pandanganmu lurus ke matanya, dia akan lebih berkeyakinan berbicara denganmu.

Bicara penuh semangat

Janganlah malu-malu memulakan sesuatu perbualan dengan orang lain. Kamu boleh pilih topik yang sesuai diperbincangkan dan disukai orang ramai seperti isu politik, semasa, sukan dan sebagainya. Elakkan diri bercakap sesuatu topik yang tidak digemarinya. Orang yang mempunyai semangat tinggi ketika berbicara mempunyai ramai teman kerana caranya memudahkan orang lain mendekati dirinya.

Penampilan hebat

Penampilan bererti imej keseluruhan dirimu.Oleh itu, tonjolkan penampilanmu yang hebat seperti stail rambut, fesyen pakaian dan cara bercakap yang sesuai dengan dirimu.

Biarkan semuanya muncul kerana itu akan menyeramakkan semangatmu. Jangan rasa malu pada dirimu. Lihatlah dirimu di depan cermin dan senyum seolah-olah kamu sedang bersenyum di depan orang ramai. Walaubagai manapun, ubahkanlah imejmu bila tiba masa kamu perlu berbuat demikian. Sikap optimis seperti ini sentiasa menonjolkan dirmu seorang yang hebat dan disukai ramai.

Ketawa penawar hati

Ketawa adalah penawar segala kekesalan hati. Selain itu, tunjukkan humormu yang sejati. Orang yang asyik muram akan rugi kerana ia menghalang orang lain menghampirinya.

Bila lihat ada temanmu yang muram, tunjukkan humor-humormu agar dia akan kembali normal. Sifat positif seperti ini pasti akan mendapat tanggapan baik dari pihak manapun.

Mahu menjadi seorang yang menarik atau penyendiri, pilihan ada di tanganmu. Pilihlah dengan bijak supaya kamu tidak akan rasa rugi kemudian. Biasanya, seseorang itu akan melalui pelbagai peringkat dalam kehidupan hariannya. Banyak peristiwa yang berlaku boleh mempengaruhi minda dan sikap kamu. Namun, semuanya masih terpulang pada kamu sama ada menjadi seorang yang istimewa ataupun asyik bermuram sehinggakan kamu rasa dirimu tersisih dari masyarakat sekeliling.

Read More »»

DIPLOMA CINTA: BIAR SI DIA MILIK MU SELAMANYA

.
0 comments

Kamu telah terpikat kepada seseorang. Si dia benar-benar menepati citarasa kamu. Kamu pandai berjenaka dan mempunyai rupa paras yang menarik. Kamu tahu si dia adalah pasangan paling ideal untuk mu. Suatu hari, teman baik kamu telah memberitahu si dia bahawa kamu amat meminatinya. Rupanya kamu tidak bertepuk sebelah tangan. Bunga cinta pun berputik. Namun demikian, ini bukan masalahnya. Masalahnya ialah bagaimana kamu dapat memastikan perhubungan istimewa dengan si dia kekal indah dan mesra?

Memang benar kata orang bahawa jatuh cinta itu amat mudah sekali. Bagaimana pun, ada kalanya perhubungan istimewa juga boleh mendatangkan kekeliruan. Oleh itu, jatuh cinta memang mudah tapi perhubungan selepas itu adalah antara permasalah yang memeningkan. Percintaan tidak selalunya indah jika tiada kerjasama antara dua pihak: kamu dan si dia! Selain itu, perhubungan juga ada kalanya dilanda masalah yang tidak pernah kamu sangkakan.

Berikut adalah antara beberapa tips positif yang boleh kamu pratikkan agar percintaan kamu lebih indah dan menyeronokkan:

Jangan prasangka!

Jika si dia berada dalam keadaan marah, ini tidak bermakna si dia memarahi kamu. Dan, hanya kerana si dia tidak mengatakan "aku cinta padamu..." seratus kali dalam sehari, tidak bermakna si dia tidak mencintai mu.

Mungkin si dia mempunyai cara yang tersendiri untuk meluahkan kasih sayangnya padamu. Kadang kala cinta itu tidak perlu di luahkan melalui perkataan, perbuatan sudah cukup memadai untuk menerangkan betapa si dia mencintai kamu.

Mempunysi kehidupan

Walaupun kamu sudah mempunyai seorang teman istimewa, namun kamu juga perlukan kehidupan kamu sendiri. Mungkin kamu berasa menghabiskan 24 jam sehari bersama si dia menyeronokkan tapi cuba kamu fikir kembali sewaktu kamu masih solo. Kamu sering melakukan perkara-perkara yang kamu anggap menyeronokkan kamu tapi setelah kamu sudah berpunya, kamu tidak lagi melakukannya. Bercinta tidak semestinya kamu meninggalkan semua aktiviti yang menyeronokkan kamu dan kamu juga perlu ingat cinta tidak boleh mengenyangkan perut kamu!

Biarkan dia dan cara hidupnya

lngat, biarkan si dia lakukan apa yang dia suka. Jangan cuba mengongkongnya. Jika kamu cuba menjadi 'pengawal', kamu hanya mengundang masalah!

Cuba bersikap bertolak ansur dalam sesetengah perkara. Contohnya, jika si dia pergi ke satu konvoi motosikal tanpa mengajak kamu. Tentu kamu berkecil hati tapi jangan salahkan si dia kerana mungkin si dia berpendapat yang kamu pun kurang suka pergi ke acara seperti itu.

Begitu juga jika kamu pergi ke Lot 10 bersama teman-teman mu untuk membeli kasut. Dan, pada mu, si dia tentu tidak suka menghabiskan masa bersama perempuan di gedung membeli belah. Jadi buat apa ajak si dia. Tentu perasaan kamu dan si dia sebelum ini adalah sama. Yang penting ialah bertolak ansur antara satu sama lain. Jangan hanya disebabkan perkara remeh temeh, kamu marah padanya.

Jangan bandingkan dia dengan orang lain

Secara peribadi, setiap pasangan mahukan satu perhubungan yang harmoni dan sentiasa berfikiran terbuka di antara satu sama lain.

Jangan membandingkan si dia dengan bekas teman lelakimu atau teman lelaki orang lain. Kamu terpaksa menerima apa jua keadaan terhadap teman lelakimu seadanya.

Setiap lelaki tidak suka dia dibanding-bandingkan dengan orang lain. Cuba kamu fikirkan jika ia berlaku ke atas diri kamu? Teman lelakimu suka membanding-bandingkan kamu dengan bekas teman wanitanya atau wanita-wanita yang lain. Apa perasaanmu pada ketika itu? Tentu kamu tidak menyenangi perbuatan teman lelakimu itu bukan? Jadi untuk menjamin perhubungan yang kekal dan harmoni jangan cuba membandingkan si dia dengan orang lain.

Kadi diri kamu

Fikirkan apa yang terbaik untuk diri kamu. Jangan paksa diri kamu menvukai apa yang disukai oleh si dia suka hanya kerana kamu mahu mengambil hatinya. Contohnya, si dia menyukai permainan bola keranjang, kamu tidak perlu memakai kemeja T yang mempunyai gambar Michael Jordan semata-mata ingin menunjukkan kepada si dia bahawa kamu jua suka akan permainan bola keranjang.

Jangan cepat terpengaruh dengan kehendak pasangan mu. Mungkin si dia tidak bermaksud sedemikian, tetapi di atas rasa hati kamu yang keras mahukan si dia bangga terhadap diri kamu. Bahaya!

Jika kamu berbuat demikian, ia bermakna kamu menipu diri sendiri dan tidak jujur di dalam perhubungan. Setiap perhubungan memerlukan kejujuran. Apa pendapat pasangan mu itu jika si dia mengetahui bahawa selama ini kamu hanya berpura-pura menyukai apa yang si dia suka. Tentu hati si dia tersinggung di atas sikap kamu yang tidak jujur dalam perhubungan. la bukan sahaja menyusah" kan kamu, malah kemungkinan kamu dan si dia tidak dapat menikmati erti percintaan yang sebenar.

Jangan cuba ubah si dia

Apa perasaan kamu jika si dia mahukan kamu berubah dan mengikut citarasanya? Begitu juga si dia, jangan sekali-kali kamu cuba mengubah kehendaknya agar sama dengan kehendakmu. Biarkan dia dengan caranya dan kamu dengan caramu. Cuba bersikap jujur dalam perhubungan. Contohnya, jika pasangan mu itu suka mendengar muzik rap, tetapi kamu tidak suka akan muzik tersebut. Oleh itu, jangan kamu cuba melarang si dia mendengar muzik rap. lni kerana masing-masing ada hak

dan minatnya tersendiri. Mungkin si dia menyukai muzik rap sebelum si dia mengenali kamu. la sudah sebati dengan hidupnya, masakan kamu dapat mengubahnya.

Berpijak di bumi yang nyata

Janganlah mudah kamu terperanjat dan melatah apabila kamu dapati teman istimewa itu ada melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal dan 'gila'. la bukan bermaksud si dia tidak berfikiran waras.

Ada kalanya manusia mudah terlupa. Kamu harus memahaminya. Contohnya, kamu mendapat tahu teman istimewa mu akan menyertai satu pertandingan badminton di hujung bulan dan kamu pun beriya-iya sanggup berjalan jauh semata-mata mahu memberi sokongan padanya. Tetapi hampanya, apabila kamu tiba ke Kuala Lumpur dan dapati pertandingan itu sudah dibatalkan. Rupa-rupanya si dia terlupa untuk memberitahu kamu. Namun demikian, kamu tidak perlu mengamuk hanya disebabkan perkara ini. Cubalah bersikap tenang dan memahami keadaan sebenar si dia menggapa dia boleh terlupa.

Luahkan pendapatmu

Masalah komunikasi adalah masalah besar yang sering melanda setiap perhubungan. Tanpa komunikasi yang baik, perhubungan tidak akan ke mana. Jadi setiap pasangan itu haruslah bersikap terbuka dan jangan memendam perasaan iri hati dan dengki.

Contohnya, jika kamu tidak suka si dia melakukan perkara yang kamu tidak suka, cuba berbincang dengannya. Jangan pula kamu memendam rasa benci hanya kerana mementingkan diri sendiri.

Bagaimana pun, jangan sesekali kamu berkomunikasi secara negatif dengannya. Contohnya, jangan kamu gunakan perkataan-perkataan yang keterlaluan terhadap pasangan mu.

Read More »»

MEMPERBAIKI INGATAN ANDA

.
0 comments

Oleh: Cikgu Ahmad Shakir Md Taha

SEBAGAI seorang pelajar, anda perlu mempunyai ingatan yang baik. Jika tidak, sukar bagi anda menjawab soalan peperiksaan ataupun ujian.

Bagi mengatasi masalah tersebut, saya mencadangkan beberapa perkara yang boleh anda ikuti sebagai panduan.

1. Pastikan kenapa anda perlu mengingati sesuatu dan cuba arahkan. kuasai dan fahami tuiuan serta sebab-sebab anda belajar.

Selalu ingatkan diri sendiri tujuan sebenar belajar dan yang penting sebabnya mestilah kuat dan jelas.

Daya penggerak ke arah ini boleh diperkuatkan lagi dengan:

MINAT— Setiap mata pelajaran mempunyai banyak aspek yang menarik dan ia hendaklah disimpan serta diingatkan di dalam fikiran anda perkara-perkara tersebut. — Setiap mata pelajaran mempunyai banyak aspek yang menarik dan ia hendaklah disimpan serta diingatkan di dalam fikiran anda perkara-perkara tersebut. — Setiap mata pelajaran mempunyai banyak aspek yang menarik dan ia hendaklah disimpan serta diingatkan di dalam fikiran anda perkara-perkara tersebut.

Secara tidak langsung boleh menggalakkan aktiviti pembelajaran seterusnya walaupun anda mungkin bertemu aspek yang mungkin tidak menarik pada mata pelajaran lain.

SIFAT INGIN TAHU — Kebanyakan orang suka mengambil tahu apa yang berlaku di sekitar mereka dan biarkanlah sifat tersebut menguasai diri anda dalam semua mata pelajaran. — Kebanyakan orang suka mengambil tahu apa yang berlaku di sekitar mereka dan biarkanlah sifat tersebut menguasai diri anda dalam semua mata pelajaran. — Kebanyakan orang suka mengambil tahu apa yang berlaku di sekitar mereka dan biarkanlah sifat tersebut menguasai diri anda dalam semua mata pelajaran.

MEMPUNYAI CITA-CITA TINGGI — Keinginan untuk mempertingkatkan kedudukan atau mempunyai kelulusan yang lebih tinggi merupakan faktor kepada tujuan pembelajaran walaupun anda seorang yang cukup dahagakan ilmu pengetahuan. — Keinginan untuk mempertingkatkan kedudukan atau mempunyai kelulusan yang lebih tinggi merupakan faktor kepada tujuan pembelajaran walaupun anda seorang yang cukup dahagakan ilmu pengetahuan. — Keinginan untuk mempertingkatkan kedudukan atau mempunyai kelulusan yang lebih tinggi merupakan faktor kepada tujuan pembelajaran walaupun anda seorang yang cukup dahagakan ilmu pengetahuan.

PERSAINGAN — Ini juga merupakan suatu motivasi kerana ia mempunyai kesan positif dan bersainglah dengan rakan yang setaraf dengan anda. — Ini juga merupakan suatu motivasi kerana ia mempunyai kesan positif dan bersainglah dengan rakan yang setaraf dengan anda. — Ini juga merupakan suatu motivasi kerana ia mempunyai kesan positif dan bersainglah dengan rakan yang setaraf dengan anda.

Simpanlah rekod prestasi anda dengan baik kerana anda juga perlu bersaing dengan diri anda sendiri.

KERJASAMA — Bekerjasama dengan rakan ketika menyiapkan projek dan menyudahkan tugasan amat berguna kerana dapat membimbing anda. — Bekerjasama dengan rakan ketika menyiapkan projek dan menyudahkan tugasan amat berguna kerana dapat membimbing anda. — Bekerjasama dengan rakan ketika menyiapkan projek dan menyudahkan tugasan amat berguna kerana dapat membimbing anda.

2. Buat satu keputusan tentang perkara yang perlu diingat kerana ini merupakan rangka di dalam minda yang membolehkan sesuatu perkara diingati dengan mudah.

3. Pastikan dengan tepat yang perlu diingat dan hafaz definisi, garis kasar, teori, fakta dan juga formula.

Read More »»

Remaja & Konflik

.
0 comments

CABARAN REMAJA

Perubahan-perubahan fizikal, emosi dan sosial semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental.

Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja

  • Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri

  • Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan

  • Merasa diri dilayan secara tidak adil

  • Kesunyian

  • Sukar memahami emosi

  • Susah membuat keputusan

Hubungan Dengan IbuBapa

Remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibubapa mereka sering menjalin perhubungan yang mesra dengan orang lain. Mereka juga kurang mengalami masalah kesihatan mental.

Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan IbuBapa

  • Menghormati dan sedia meneriam tunjuk-ajar dan teguran mereka

  • Membincangkan masalah anda dengan mereka

  • Meluahkan perasaan dan pendapat anda secata terus terang

  • Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan

  • Cuba memahami masalah dan beban ibubapa anda

  • Meraikan harijadi mereka

  • Ingatlah bahawa ibubapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda

MENANGANI EMOSI

Keupayaan memahami emosi adalah penting di dalam kehidupan harian

Apabila Anda Merasa Marah

  • Tarik nafas sedalam-dalamnya. Beredar dari suasana tegang (jika perlu)

  • Berfikir sebelum bertindak

  • Tanya diri sendiri

    • Kenapa saya marah ?

    • Apalah punca masalah ?

    • Apakah yang telah saya lakukan ?

PENYELESAIAN KONFLIK

  • Kenalpasti punca konflik

  • Dengan dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain

  • Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah

  • Janganlah menyalahkan orang lain

  • Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik

  • Bertenang semasa menerangkan pendapat anda

  • Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah

  • Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak

Remaja yang Positif

  • Bertimbang rasa

  • Yakin terhadap diri sendiri

  • Sedia menerima nasihat dan teguran

  • Sabar

  • Bertanggungjawab

  • Rajin dan suka menolong

  • Mahir berkomunikasi

Read More »»

Map