Disebabkan oleh orbit planet yang membujur, jarak dan kedudukan planet berbanding kedudukan
matahari berubah mengikut kedudukan planet di orbit. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut:-
57.9 juta kilometer ke Utarid (
),
108.2 juta kilometer ke Zuhrah (
),
149.6 juta kilometer ke Bumi (
),
227.9 juta kilometer ke Marikh ( ♂ ),
778.3 juta kilometer ke Musytari (
),
1,427.0 juta kilometer ke Zuhal (
),
2,871.0 juta kilometer ke Uranus (
),
4,497.0 juta kilometer ke Neptun (
).
Secara kasar, tataletak sistem suria bermula dari matahari, kemudian terdapat empat planet dalam yang terdiri dari batuan, lingkaran asteroid di antara Marikh dan Mustari, empat planet gas besar, dan lingkaran benda kecil yang dipanggil Lingkaran Kuiper. Hampir kesemua planet mempunyai satelit (bulan), dan keempat-empat planet gas mempunyai cincin planet yang terdiri dari debu dan zarah-zarah lain.
Secara kasar, tataletak sistem suria bermula dari
matahari, kemudian terdapat empat planet dalam yang terdiri dari batuan, lingkaran asteroid di antara Marikh dan Mustari, empat planet gas besar, dan lingkaran benda kecil yang dipanggil Lingkaran Kuiper. Hampir kesemua planet mempunyai satelit (bulan), dan keempat-empat planet gas mempunyai cincin planet yang terdiri dari debu dan zarah-zarah lain. Kedudukan planet kerdil pula tidak tentu, Ceres ( Simbol Ceres ), asteroid terbesar, terletak di lingkaran asteroid, Pluto ( ♇ ) terletak di antara Neptun dan Lingkaran Kuiper, manakala 2003 UB313 yang baru dijumpai terletak di sebalik Lingkaran Kuiper.
Untuk tempoh yang agak lama, sistem suria merupakan satu-satunya contoh planet yang mengorbit mengelilingi bintang. Penemuan banyak planet luar suria telah menyebabkan istilah "sistem suria" turut digunakan untuk semua sistem najam. Namun sebenarnya, ia cuma patut digunakan untuk sistem suria Bumi sahaja, kerana perkatan "suria" adalah khusus untuk Matahari kita. Sistem najam (Stellar) atau sistem planet lain biasanya dirujuk dengan nama bintang utamanya, atau matahari; seperti "sistem Alpha Centauri" atau "sistem 51 Pegasi".
Susun atur
Kebanyakan objek dalam orbit di sekeliling
Matahari terletak pada satah cetek yang sama, dipanggil bergerhana, yang secara kasarnya selari dengan khatulistiwa Matahari. Planet-planet terletak hampir dengan satah gerhana ini, manakala komet dan objek Lingkaran Kuiper biasanya terletak pada sudut yang agak ketara dengannya. Semua planet dan kebanyakan objek lain juga mengorbit Matahari mengikut arah melawan jam jika dilihat dari satu titik di atas kutub utara Matahari. Terdapat hubungan langsung antara jarak sesebuah planet dengan Matahari dan tempoh orbitnya. Utarid, dengan lilitan orbit terkecil, mengorbit dengan pantas, manakala Neptun yang berkali ganda jauhnya, bergerak lebih perlahan.